Kehidupan awal Kim_Seolhyun

Seolhyun dilahirkan pada 3 Januari 1995 di Bucheon, Korea Selatan.[1] Beliau menghadiri Sekolah Rendah Kachiul, Sekolah Menengah Sungkok dan Sekolah Tinggi Seni. Beliau mengambil jurusan bahagian filem di Universiti Kyung Hee. Seolhyun bermain piano sejak kanak-kanak (ibu beliau adalah seorang guru piano) dan mahu menjadi seorang penyanyi sejak beliau berada dalam kelab muzik sekolah.